Search This Blog

Monday, September 20

untitled!

Bagi aku ada 2 cara menyatakan ekspresi. Lukisan. Titik-titik kecil yang bersambung menjadi garisan yang dibentuk melalui pelbagai arah dan terjadinya sebuah karya agung. Penulisan. Perkataan demi perkataan berubah menjadi ayat dan akhirnya menjadi satu luahan yang istimewa, dan aku menjadikan pilihan kedua sebagai medium aku berbicara. Aku berseni, tetapi belum cukup mampu untuk menterjemahkannya ke dalam bentuk lukisan. itu aku!

Tangan yang tadi masih duduk letak di atas dahi diangkat. Badan yang terlentang di atas butir pasir halus itu mula ditegakkan. Dari terbaring kini kepala lutut sudah ditarik dekat ke dada Telinga masih rancak mendengar bunyi yang berdendang dari iPod Touch. Mencari ketenangan? Macam tak pernah datang pun. Sedangkan dah berjam kat sini. Kepala diletak elok di atas lutut, tangan mencabut earphone dan mula melingkari kaki. Mata dipejam rapat. Termenung lagi!

'Bila kakak nak kahwin?' suara itu terngiang.
'Jumaat ibu,' Soalan djawab tanpa memandang ke arah si penyoal.
'Kakak! Ibu serius ni'
'Kakak pun serius ibu, kakak kahwin hari jumaat, sanding sabtu, ahad pegi honeymoon' Masih dijawab acuh tak acuh.
Tayangan Shin Chan yang tengah bersinar-sinar matanya melihat gadis cantik itu tiba-tiba hilang. Gelap!
'Tengok ibu bila bercakap.' Ibu yang duduk di kerusi sebelah sudah mengangkat punggung duduk sebelah aku.
'Hari dah tahu ibu, tarikh je belum dapat lagi. Sabar ye ibu,' Mata memandang ibu sebab TV dah tutup. Bibir tersengih.
'Siapa bakal menantu ibu?' Dari segi ayat tu disebut, tak bunyi macam nak perli pun. Maknanya ibu memang tengah serius ni.
'Tengah cari,' Wafeeqah berdiri. 'Ibu, kakak naik solat.'
Keluhan berat dilepaskan. Suara-suara tadi sudah menghilang. Mata dibuka perlahan. Pantai ini pun tak mampu nak menenangkan hati. Kaki berdiri. Tangan mengibas belakang seluar menjatuhkan anak-anak pasir yang melekat. Perlu cari bakal menantu ibu! Tujuan dah ada, tetapi tidak tahu siapa yang akan menjadi mangsa.

No comments:

Post a Comment