Search This Blog

Sunday, August 14

bruno mars

u can count on me, bebeh! hahahahha! there's this one of my colleague, we're working at the same place for this time being, and i recently know this friend. and i think this one is kind a good type to be a good friend to others. i see how this friend treat others.... how this friend appreciate and took care of the other friends. keep the smiling face and keep ma laughing too, :D

BTW: MR. Bruno, good to be friend with u actually, :)

errr, apa kaitan ngan bruno mars??? bruno mars sings well, but this friend not, but im sure dia boleh, HAHAH, "kita kan punk bah~" :D

Tuesday, August 9

turn 21st

cake hasil tengah malam, hahahah, this is my cake! after balik dr kerja semalam, baking cake!hahahah... cun tak?cun tak???
pretty kan??? yes it is, but for the taste tu kureng sikit...maybe sebab tengah mamai kot, so, kandungan gula sedikit terkurang..hhahaha (elok utk yg ada kencing manis ni) hihii, anyway, HAPPY BIRTHDAY TO ME!
layer by layer saya buat...fuhh~~ nevermind...first time buat kan..so, its ok lahhh~~hahahah..lepas ni boleh bukak bakery nih! hahahah(berangan!)

Monday, August 8

baking my own BIRTHDAY cake!


Alhamdulillah, syukran! masih lagi bernyawa di saat saya bernafas untuk tahun ke 21 di bumi Allah,

while i was writing this entry, kat depan mata bersepah barang-barang untuk buat cake! YUP! im baking my own cake!! hahahah, cayalah! my birthday and im baking my own cake~ kisah plak aku, yang penting im happy with it! semoga ia menjadi seperti apa yang diimaginasikan..huahuahuhaua~~ :D


gamba kat bawah ni ehsan dari ince GOOGLE, insyAllah cake ku akan jadi begini! huahuhauhau, angan2!

Saturday, August 6

encik senyum tanpa mata.

lately ni, emosi kurang stabil kan, baru prasan post yg before2 ni pelik2 je bunyinya..hahahah...beselah, wanita~ erkk?? apakah???

urm, dah masuk bulan 8 ni, so, lepas ni entry excited sikit, especially for incoming special day kan, hahahah, harapan tinggi giler ada something special akan berlaku, tapi agak2 macam takder jer,so, i've decided untuk membahagiakan diri sendiri pada hari itu, yippiiiee!!!

menu: special rainbow cake untuk saya, (hand made) *hopefully i hve the time untuk membuatnye, since im going to be a bit busy but on the day, saya akan OFF dari berkerja untuk menghargai masa untuk diri sendiri,

harapan? buka puasa dengan makanan feveret! tu pun kalau mak masak la...kalau tak, errr~~~~ ;(

ape lagi, wish? errrr, kalau nak "wish" tu tambah "esssssss" kat belakang boleh? sebab memang berderet list~ kalau bagitau pun bukan ada orang boleh tunaikan pon, baik dok diam2 dalam pale otak ni jer, tunaikan sendiri..hahahha,

apa kaitan ngan tajuk? hahahha..ntah! tajuk berkaitan ngan gamba kot... ade orang senyum hilang mata~ hahahahha!

BTW: sedang cuba menstabilkan kembali emosi, agak susah sbenarnya, kalau duduk sensorang lagi macam orang sasau, tetibe jer sobs! sobs! hahahahahm well, everything fine, menangis gembira agaknya, ;)

3 tahun + incoming 3 tahun.

3 tahun lepas, UiTM Lendu, 3 tahun akan datang, UiTM Bandaraya, negeri yang sama, MELAKA. yup! historic betul tempatnya...

misi: do my best!
visi: try the best as i can

Wednesday, August 3

pencuri.

(a little bit harsh for this one)
i always wonder, apa yang seronok dengan merampas sesuatu yang menjadi hak orang lain? nak tekankan disini, RAMPAS! tu have something which is belong to someone else. stole someone else's happiness. soalan yang memang dah lama aku pendam sensorang. apa kau rasa sebenarnya bila kau actually rampas sesuatu yang milik orang lain? kau rasa seronok ker? kau rasa kau bahagia ke? kau rasa kau berjaya? kau rasa kau hebat?

pernah tak kau fikir effect yg akan jadi to those yg they loved before, to those they had before? pernah kau fikir? pernah? try to put ur feet into their shoes, i bet u'll cry like hell! aku tak tau sama ada kau buta, or buat-buat buta~ when u see something that is going over and over again i dont know how could u hve the guts to do it again. especially to one's that loved u before, the reasons for all u've done unacceptable!

bila aku nampak benda ni jadi, soalan tu keluar balik kat kepala otak ni, i see u laughing, i see ur happiness, but will it last long enough? sampai bila nak macam tu? sampai bila kau rasa kau akan seronok? kau akan bahagia?setahun? 2 tahun? 5 tahun? lepas tu bosan kau cari lain? macam tu? kau memang takkan pernah jumpa bahagia kau~ itu jaminan aku~!

marah? yer! memang aku marah! teramat~ sampai aku rasa aku mula membenci. tapi, aku tak mampu! sungguh tak mampu. trauma? yer! sangat trauma sehingga aku mula menutup pintu hati. maaf? aku tak tahu samada aku mampu untuk mengikhlaskan hati memaafkan semua perbuatan kau.

dan kau pencuri, sungguh aku jamin kau tak akan bertahan lama. dan kau tak akan bahagia.

bukan berdendam, hanya terlalu sakit hati. tidak bolehkah sedar? mahu dijirus? mahu dikejut? atau mahu dihempuk?

btw:MAAF.

Monday, August 1

puasa.

Assalamualaikum, akhirnya tabir ramadan sudah terbuka untuk seluruh umat islam di dalam dunia, tak kira kat mana pon kita duduk, hanya perbezaan masa yang memisahkan kita samada cepat bersahur atau lambat berbuka, kan?
bulan yang ditunggu kerana pahala berganda-ganda dan berbaloi-baloi bagi mereka yg menghargai ramadan, semoga usaha kita (lebih-lebih lagi, syaitan durjana sudah dijamin oleh Allah bahawa mereka semua telah diikat ketat-letat rapat-rapat, hanya satu je syaitan yang perlu dilawan iaitu, nafsu sendiri) untuk mendapat barakah dipermudah dan diredhai oleh Dia yang Maha Esa, Amin....

sedikit sedih hari ni, sebab untuk first day puasa, saya bersendiri menjamu selera di kedai yang juga tidak ramai penghuninya, apa yang dimakan sekadar mengisi perut bagi megelakkan diri dari mendapat sakit keesokkan hari. tiada keseronokan untuk berbuka. teringat sesuatu, mungkinkah saya diingati untuk berbuka dirumah? sama ada mereka risaukan saya makan apa di luar, tidak di tanya, sedikit terkilan, tidak mengapa kerana memang begitu hakikatnya. sentiasa di pinggir dan hanya sendiri yang menyedari dan hanya disenyapkan bagi menjaga hati.

tiada niat untuk mengungkit, tiada niat untuk mempertikai, hanya ingin mengingatkan, kerana diri sendiri memang sudah pasti tidak akan perasan apa yang diri sendiri buat. kerana rapat dengan yang sebelah sana, kita dibiarkan begitu sehingga segala salah bagai berpunca dari kita juga, segala buruk hanya ada pada kita juga dan seala yang teruk hanya pada kita juga. bersedih? pasti, tapi hanya mampu menahan di dalam hati, tidak sampai hati.

jangan terlalu gembira, tidak elok. tapi gelak tawa dan gurauan senda yang hanya mampu memuatkan kita lupa seketika untuk masalah yang ada. bukan lari, hanya meniggalkan seketika.jika dibiarkan berfikir, air mata akan jatuh lagi, sebak akan sentiasa hadir untuk sudah berapa minggu, biarkan begitu, lebih rela begini. semoga dipermudahkanNya,