Search This Blog

Wednesday, September 22

Untitiled II

Tick. Tick. Tick. Tick.
Fareeq membaringkan kepala di atas meja dengan sebelah kanan muka diletakkan di atas tangan sebagai pengalas. Jam Fossil yang terlilit kemas terletak betul di telinga kanannya. Bunyi detikan jarum jam bergerak menandakan setiap saat yang berlalu begitu kuat sekali. Bagai bergema di dalam kepala otak. Dari duduk tegak, kemudian menongkat dagu dan akhirnya begitu.
Notebook di hadapannya sudah mula memaparkan screen saver sejak lima belas minit yang lalu. Kosong! None! Zero! Tiada apa-apa idea yang terluah!
Pap!
Kepala Notebook itu terus ditutup. Fareeq berdiri dan dan membuat renggangan. Kedengaran bunyi-bunyi letupan kecil. Aduh~ Muda-muda badan dah macam orang tua. Duduk bercuti macam ni pun takder effect jer. Ni semua papa punya pasal. Entah apa lah yang dia dengki sangat tengok anak dia jadi workaholic. Kan nanti yang untung syarikat dia jugak. Hisy! Fareeq mengomel sendiri. Malam-malam macam ni pergi jalan tepi pantai pon best ni. Jeans ditukar kepada seluar separa lutut, t-shirt juga ditukar. Blackberry di capai dan diseluk masuk ke poket. Sandal disarung ke kaki. Pintu dikunci. Pantai! Here i come!
*******************

'Makan!' Syafiq bersuara. Hidangan malam itu, berbeque! Masing-masing sibuk bangun mengambil piring kertas cawan. Biasalah kan, bila dah ramai-ramai macam ni semua benda pun nak yang mudah. Pakai-buang! Senang.
Korang semua, lepas ambik makanan tu meh sini taw. Duduk keliling api ni. Baru syok!' Syafiq tersenyum riang. Rancangannya untuk mengumpulkan kawan-kawan sekolahnya boleh dianggap berjaya walaupun tidak semua dapat hadir. Ada yang sekarang ni sedang sibuk melaah untuk final exam dan ada di antara mereka juga yang berada diluar negeri tidak kira atas tajan mana pihak mahupun tajaan "PAMA" iaitu Papa & Mama sendiri.


No comments:

Post a Comment