Monday, December 31

a blessed year it is.

Made a wrong turn, Once or twice Dug my way out, Blood and fire Bad decisions, That's alright Welcome to my silly life - pink, perfect

Assalamualaikum,
yeahh~
Tahun baru untuk kalender Islam dah lama lepas, dan hari ini, bermula tahun baru untuk kalender err, bukan Islam? :) *ampun, lupa term dia.

Setahun lagi pergi. Setahun lagi sudah berlalu.
How's your year been? Good? Bad? 
What have you learned? Something good? something bad?
What s your new year wish? hope? determination?

sesuatu yang norma untuk ditanyakan? yup! memang pun, even in all social network people keep on posting things which answering all those questions. So, today, 1.1.13.

Here, it's my turn to answer all those questions.
How's your year been?
2012. what a year, what an experienced! 

What have you learned?
it was a year where i learned to be a better Muslim,

What is your new year wish? hope? determination?
well, i will keep everything here, in my heart. Shhhh~ :)

Hujan tetap jatuh terang jernih~walau awan pekat hitam. - taken in FB :)

I smiled when i was reading this stats~ it's true! 
and while reading it again, first thing comes to my mind is when one of my friend, shared Surah Al-Syarh on her twitter. 
dan teringat tentang kisah di hari Daurah~ one of the moderator, Kak Murni talked about this surah and how to treat Quran correctly in which caused me to shed my tears.
"Wah! memang betul cakap Kak Syuhada! (she is our naqibah for our usrah replacing kak Isma and to us, she is not kakak since she's younger than us la kan) Adek-adek kat sini memang betul semangat" tangan dia dah mencapai terjemahan kat tepi laptop.
"Belum suruh bukak lagi dah bukak! Tutup balik! Tutup balik! Quran yang ada zip tu zip balik.. Yang ada ketip tu ketip balik. tutup! Tutup sekarang." Eh! kitorang dah pelik dia suruh tutup balik.Tapi, buat jelah. Tangan pun tutup balik terjemahan di tangan.
"Haaaa~ OK! Quran ni sebenarnya hidup" Yup! betul la tu apa dia cakap sebab Quran ni nanti beri syafaat pada kita nanti di sana! Aku dah tersenyum.
Dia tambah lagi "Kita baru pegang-pegang dia dengan usap-usap dia kita dah dapat pahala" Aku senyum lagi.
"Kalau kita baca lagi banyak pahala kita dapat. Setiap huruf yang kita baca kita dapat pahala. Kan?" Aku angguk perlahan. 
Kak Murni cakap lagi, sound something like this "Quran ni comel jer. Pernah tak dengar orang cakap yang diorang rasa seronok sangat kalau baca Quran? Pernah kan? Lepas tu fikir, aku pun baca Quran macam mana rasa seronok tu? Kan? Kan?" Aku dah angguk laju. Yup! Sungguh! Selalu  sangat rasa.
"Haaa~ Sebab Allah tu Maha Mengetahui! Cuba tengok Surah Al-Syarh. Tengok macam mana Allah pujuk kita..." Kitorang semua bukak surah tu and Kak Murni baca siap sekali dengan terjemahan dia.

Dalam surah tu, Allah 2 kali sebut 'dalam kesusahan itu ada kemudahan'
Dalam terjemahan, ayat pertama "Bukankah Kami telah melapangkan dadamu(Muhammad)? Ok! noticed nama Nabi kita tapi dalam kurungan? Tapi kalau baca ayat tu tak ada pun perkataan "Muhammad" dalam ayat tu, sebab Allah nak kita ganti nama kita dalam kurungan tu,
"Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Farahin)"
See? time tu kita akan rasa we are communicating directly to Allah! It's like Allah talking back to you, us. Heard your sadness and listen to all your problems even without you telling it to Him!
(this is how Kak Murni summarized the surah!)
and during that moments, tekak dah rasa berpasir, and tears dropped!

Allah Maha Hebat! Allahuakbar! Awan yang gelap gelita tetapi hujan yang jernih sejernih kristal. kristal di dalam gelap. "Dalam kesusahan itu ada kemudahan". Jadi lean to Allah for all your problems, Dia akan permudahkan. In Shaa Allah!

dan lagi satu benda yang Kak Murni cakap, "Allah sebut dalam Al-Quran, "Tuhanmu tidak meninggalkan engkau (Muhammad) dan tidak (pula) membencimu" Surah Dhuha, ayat 3.
Kak Murni cakap, "Jadi siapa kita untuk kutuk orang lain, mengata orang lain sedangkan Allah tak pernah pun mengata dia apatah lagi kutuk dia, siapa kita nak membenci orang dan meninggalkan orang sedangkan Allah tak pernah buat macam tu langsung kat sesiapa pun" Again! I shed my tears.
 (Farahin, how much is your investment for Hereafter?)

p/s: may we all be blessed by Allah for this year. Aminn! Oh! and my final exams coming in 2 days, do pray for me too~ :)
"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birokhmatikaya Arhamarrohimin"

 


 

Wednesday, November 28

ups and downs it is.

Assalamualaikum.

been busy lately, so busy to the extent that i cant even pampered myself anymore.
masa berlalu macam orang yang sedang pecut menuju tali kemenangan. betul punya laju.

big weeks it is. especially during this last few weeks before we starts our study week. i think our study week begin on 21st of december. Soon! Very Soon!
 

As usual, bila dah nak habis semester ni, test kembali berderet-deret-deret. Every week 1 test and for next week presentation and more tests. Color pens everywhere, A4 paper everywhere, and time to study still missing somewhere else, errr??? apakah? ;)
 


we've been busy doing this! INDUSTRIAL WALK POSTER EXHIBITION for our IBM subject, well, account students DO HAVE CREATIVITY OK! jangan pandang kami dengan hanya kalkulator di tangan. because we're all human, and both of our left and right side of brain is still functioning outrageously! HAHAH, sungguh exaggerated disitu!


A cute freebies that have been prepared by us to anyone who came and read our poster.

  
Girls behind the poster! yeay girls! we did it! proud to all of us. Managed to settle everything even though there are some time constraint! we're the best aite? 




Sunday, October 28

sungkai

Assalamualaikum,

hujung minggu yang penuh, dengan gelak tawa, senyum mersa, dan terbinanya satu lagi masjid, with wish of may both of you be blessed by Allah till Jannah.

doa saya untuk awak berdua,
  • welcome to our BIG FAMILY,
  • do take care of your zaujah wholeheartedly! 
well, jom cite sikit kat sini.
 lepas pecut kancil Wugu tu up until 110KM/h, dengan harapan yang sangat tinggi dan berdoa tak kena saman (patutnya tak kena la sebab tak lebih pon 110km/h tu) around noon kitorang sampai ke sungkai.  yup~ SUNGKAI, kalau masa duduk Labuan dulu sungkai tu maknanya iftar ataupun bahasa melayunya berbuka puasa, kat sini jadi nama tempat plak..

ok. misinya sebab ada orang nak bina masjid.

Barakallah


dan bila dah berkumpul sanak sedara, ipar duai, menantu menantan, eh? hihihi... ni la jadinya :)


gamba ini memang di ambil blur - biar kabur sikit :D

makanya, berakhirlah perjalanan ke sungkai dengan menikmati sebucket ayam goreng kepci yg lazat serta diberi diskaun oleh pihak kerajaan dengan menggunakan kad diskaun siswa, hukhukhuk (terharu acah-acah)

jadi belah lelaki 2 weeks from now, so, agak-agakrajin later on boleh la update lagi, 


Sunday, October 21

BFFTJ

Assalamualaikum.

itu mereka yang gelar. mereka yang menggelarkan diri mereka. mula-mula fikir-fikir jugak. apa maksud BFFTJ ni. up until i realised, its Best Friend Forever Till Jannah! OH! itu rupanya.

kita kawan. kita kawan baik. kita kawan selamanya. kita kawan dunia akhirat. kita kawan hingga ke syurga.

 mereka yang dikenali sejak sekolah rendah dan menengah

 mereka yang bersama-sama ketika susah dan senang

mereka yang bersama-sama mencari redhaNya

hari ni ada tugasan, beriadah bersama-sama disambung dengan sesi usrah yang persekitarannya juga bertukar. it's always feel good to do something usual in somewhere new. kadang-kadang kena tukar angin jugak kan. :)

a lot to tell but none to write, well never mind.

p/s: have you heard the recitation of Qur'an through earphone with almost the highest volume on? you will still find it peaceful as if you understand it. Allahuakhbar!

Thursday, October 18

a little something

 Assalamualaikum,

life has never been easier as time passes by. Because we're here.Unlimited satisfaction world it is.
life has never been easier as time passes by. When you're chasing the wrong thing for the whole of your life.
life has never been easier as time passes by. Because we've strayed to far away from Him.

Dalam dunia ni tak ada benda yang akan datang bergolek sendiri melainkan awak cari dan berusaha untuk mendapatkannya. Dan dalam dunia ni benda yang awak kendong tetap akan berciciran jika tak dipegang erat. kan?

Kita tahu, sebab kita belajar. Kita tahu, sebab kita pernah nampak atau terlihat. Kita tahu sebab itu adalah kita. Tapi kita masih buat-buat tak tahu? THIS WILL BE THE MOST CRUCIAL NOTE TO SELF!

Banyak benda yang kita dapat dalam dunia ni yang Allah bagi based on His concern and NOT HUMANS. and exactly He is Maha Pemurah dan Pengasih. Instance, Hidayah Dia, you can see how many mualaf nowadays? and its all thanks to Allah. dan musibah yang datang juga atas keizinan Allah, then? tak nampak ke yang Allah tu Pengasih sebab Dia tahu kemampuan hambaNya untuk tanggung apa yang Dia turunkan. He always concern yet we rarely say thank you to Him. Dalam Surah Ar-Rahman, quite a few time ayat ini di ulang, "Maka nikmat Tuhanmu yang mana yang hendak kamu dustakan?",


ok. ada seorang kawan yang bertanya a simple question, "how's life?" , a simple question kan? tapi sungguh punya susah nak jawab sebab tooooo many things happened, dan Alhamdulillah all in good ways.

it is better to be better. it feels good to move to a better route. banyak benda yang dah tercicir sebelum ni yang kena kutip balik. rasa macam kena merangkak balik. but then, never mind. sebab Allah tengok effort kita kan :) When everyone else is looking at the result only Allah look at our effort. 

"Bila sahabat menegur kita, bersyukurlah kerana barangkali Allah mahu menyampaikan sesuatu kpd kita. Jgn mengeluh, bersyukurlah :-)" - Shamril Salleh

Everyone  have their own way to deal with situation, untuk certain situation it takes time for us untuk mengunyah dan menghadam terlebih dahulu sebelum berasa kenyang kan. dan dalam proses tu, terkadang terasa sakit perut, juga pedih ulu hati, its normal ok. sebab we have a fragile heart. Sekeras mana pun hati manusia tu there's must be something yang akan berjaya meninggalkan kesan sebab batu pun berlekuk bila kena titis air yang terlalu kan?

here some thoughts i have this few days,
1) a little something makes a different changes
2) buat baik itu bukan sesuatu yang susah
3) berubah itu bukan mudah

Last week ada usrah dengan kak isma with the others, a point yang memang betul melekat dalam kepala otak is when she said that islam itu akan bangkit semula dan bila itu terjadi ia merupakan satu lagi tanda besar kiamat. dan bila difikirkan semula, berapa banyak saham akhirat yang kita dah laburkan di dunia?

dunia ni sementara, and mungkin ada dia antara kita yang terlalu melekat dengan dunia ni.

"Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu pasti datang dan kamu sekali-kali tidak mampu melepaskan diri" 6:134

cubalah walaupun tidak kuat. sebab nanti akan datang bentuanNya.


Sunday, September 9

life has never been easier

Assalamualaikum,


hidup ni tak pernah mudah sebenarnya, sebab kita sendiri yang susahkan ia.

 jadi, jom kita laluinya dengan gembira :)

Saturday, September 1

kabur


kadang-kadang bila niat tu sendiri tak berapa nak jelas, hasilnya juga pasti kabur.

Tuesday, August 21

Syawal diraja - with a big smile

Kadang-kadang beraya dengan warna diraja pun menyeronokkan :D

Monday, August 6

delicious,

few comments i heard.
1st attempt
"ein buat ek kek semalam tu? sedap... just nice"
2nd attempt
"sedap..betul...very nice..rasa dia just nice..rangup diluar moist didalam"

pastilah senyum sampai langit :)
buat time puasa pulak, so tak boleh nk agak whether cukup rasa or tidak. but then after dengar mereka punya comments, oh Lord, Alhamdulillah..

first attempt buat dalam bentuk cake dengan strawberi sebagai penghias bersama cokelat ganache.
second attempt buat dalam bentuk cupcakes with a more simple hiasan. hanya gunakan white coklat. to balance the sweetness sebab adunan tak guna white sugar, guna brown sugar. since dessert suppose to be sweet so garnish la dengan coklat putih dan sedikit chip coklat, :)

walaupun rupanya sedikit tidak menawan tapi kalau rasa ok, then, it should be fine kan? :)

well, saya amik resepi dari this blog. DAPUR TANPA SEMPADAN, betul punya full with all kind of recipes, should try others too taw kalau berkesempatan untuk bukak :)

dan perasan tak all the smiles in ths post, today is nuzul quran kan, Alhamdulillah. Allah gives me another chance to finish read His diary (if u know what i mean) :)

dan bila Dia turunkan hujan, pasti ada pelangi selepasnya, antara sedar atau tidak sahaja.
untuk awak yang sedang dilanda hujan, saya tahu sudah susahnya rasa itu sebab up until you experienced it yourself baru awak tahu tentang rasa itu. dan untuk awak yang sedang berlari di atas pelangi, congratulation. Allah dah bagi rezeki yang awak tunggu kan? berbaloi-baloi. and trust me, saya juga tahu perasaan itu. i'm happy for all of you :D

note to self; muhasabah la diri sendiri dan cubalah istiqamah :)

Thursday, July 19

du'a

"When you see Muslim sisters struggling to wear hijab, don't just criticise. Make du'a for them. Remember, we are du'at :)" - taken in twitter. A well-said. 

du'a is a powerful thing right? dan yang pasti, Allah suka hambaNya berdoa kepadaNya walaupun Dia tahu apa yang ada di dalam hati kita.

Alhamdulillah. All praises to Allah kerana Dia memberi hikmah kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

half past three, we reached at Petronas Bukit Jelutong to meet up with other friend of mine. Qila.
and we had fun chit chatting while having some Indulgence and a cup of white coffee.

Then gerak pergi one place yang ada swimming pool and some other things kat area2 situ jugak..

motif buat post ni? hihi.. to say Alhamdulillah.. :D

Wednesday, July 11

ujian

Assalamualaikum.

plain night with a strong blow of wind.
I'm singing my blues.. 

2 more last paper, today 12.7.2012. PSA 420 - Public Sector Accounting (Malaysian Contex)
fuhhh~
rasanya untuk semester ni tak berapa nak struggle sangat la. Too calm in revising all the chapters tapi masa dalam dewan memang betul menggelabah. Dengan alasan tegar yang sama untuk setiap paper, tak cukup masa nak jawab. dan bukan sebab terlalu banyak idea macam cokelat yang dicurah-curah ke ladang gandum tu dan jadilah coco crunch, tp sebab terlalu lama habiskan masa untuk memikirkan jawapan untuk satu-satu soalan sampai.... ok.. tak boleh nak kata dah...

"Hasbunallah Wani'mal Wakil"

Stress? Sem ni paling stress masa paper FAR 400, betul punya sakit jiwa dengan all the questions yang unexpected, dan sekali lagi alasan tak cukup masa, dengan semua akaun yang tak imbang, adesss~ memang keluar dewan dengan hati yang huru-hara. dan untuk mengekalkan kecerian hati yang sedikit kecundang (kecundang keh??) just tawakal to Allah with all the efforts that u have done kan. He knows best!

Dan yang menambah sedikit lagi huru hara bila housemate yang major in financing habis paper awal almost 7 days earlier than us! OK! 6 DAYS to be exact la kan, tapi still habis awal k n bila diorang sume dah menjejakkan kaki keluar dari rumah sewa ni untuk pulang ke pangkuan ahli keluarga masing-masing, sumpah JEALOUS! ok. FINE! rezeki mereka balik awal tapi ia sangat mengganggu-gugat ketenteraman yer,

Dan ditambah lagi dengan antibodi badan yang macam tak berapa nak stabil, almost catch some flu, demam segala bagai.. dengan mata yang dicium oleh seekor raksaksa  serangga berbadan kecil (dah raksaksa berbadan kecil pula? Apakah??)  yang telah menyebabkan mata sebelah kiri membengkak dan menimbulkan kesan seperti melecur yang betul sakit ok~! sebab dekat giler dengan mata. Betul-betul hujung eye-line tu. Almost 5 days dan masih dalam proses pemulihan. dengan harapan yang tinggi janganlah berparut sebab memenag jelas lagi nyata tahap kebesaran luka itu.

Ouh!Ouh! Tomorrow (FRIDAY) will be our last usrah untuk sem ni dan mungkin juga kali terakhir bersama mutarabbi kami- KAK ISMA.. cant wait for this Friday tapi... well.... just so u'olls know, i'm soooooo happy with you girls! : )

Ouh!Ouh! Ramadhan coming rite? Bulan penuh rahmat sebab hanya ada satu je syaitaniyyah yang kita perlu lawan- ourselves - sendiri punya nafsu. Have you prepared yourself? saya sedang. : ) dan doa saya semoga kita semua berjaya mengutip semua jenis berkat-berkat yang Allah turunkan masa bulan ni nanti yer. Aaammiiinnn~~


Thursday, June 21

it's jumuah

Assalamualaikum. Barakah Jumuah.

agak-agak dah lama dah tak update benda ni. Tak luak apa pun kala tak update kan? ^^"
so, hari ni macam mana? macam mana apa? macam mana hari jumaat anda? terisi?
untuk yang sebelah pantai timur tengah bercuti, tapi sebelah-sebelah selatan ni tengah berkerja yer?

today will be my last day of attending class for this semester. Hoorey! dah habis dah waktu-waktu kena pergi kelas dan duduk terperuk disana sementara menunggu kelas lain bermula sambil badan dah hampir mengigil kesejukan. tapi TAK Hoorey sebab final exam sudah bermula. Dan hari ni hari terakhir in which i'm going to sit for my last quiz and test! yeahh! i've got two exams to answer and yes it is on the same day. dan hari ni jumaat. semoga dipenuhi barakahNya. yeahhjj!

ada sesuatu yang pasti tentang hari jumaat ni. for me of course. for this semester i've always wait for this day to come. for what? ouh!ouh! saya join bulatan gembira!(nama lain yang saya tahu untuk Usrah - sila baca dengan nada yang sangat gembira - kalau ada yang baca laaa..) and sumpah gembira gila! awak pernah rasa macam mana rasanya terasa sangat kerdil untuk sesuatu yang sepatutnya yang hanya asas yang perlu diketahui tapi kita tak tahu. awak pernah rasa macam mana rasanya terasa sangat jahil untuk semua benda walaupun kita selalu buat benda tu. i've felt it.

Jumaat. 10 Pagi. Surau Ayam (OK! surau ni terlatak dalam Apartment Yayasan Melaka yang kitorang budak2 UiTM ni dok panggil AYAM, and now they have done the perasmian and have given a good name to this surau which unfortunately saya terlupa nama dia and masih panggil surau AYAM. Asif Jiddan)

Do you know how they always says that bila kita menghadirkan diri dalam majlis-majlis sebegini, para malaikat akan kembangkan sayapnya. and do you know how i imagine those things? kita rasa kembangnya sayap-sayap tu dengan rasa tenangnya jiwa bila kita menghadirkan diri dengan benda yang macam tu. dan bila awak hadir dengan ikhlas hati awak akan rasa benda tu. sumpah best!

I learn a LOT! saya nak hiperbola sikit! sebab memang A LOT LOT LOT TAHHH~~~ hahahhaha..
They're like an alarm - the slow and constantly ringing one!. 
Oh! A post-it note also. 
Oh! Oh! and even a lamp :)
Sebab mereka mengingatkan kita. menyedarkan kita, dan awak perlukan bantuan mereka untuk keluar dari kegelapan. untuk tidak lupa pada Dia dan RasulNya.
dan saya rasa saya dah belajar sayangkan mereka kerana Dia juga :)
thanx A LOT (ok exaggerate lagi)

and kalau ada yang bertanya untuk apa pergi? jawablah. orang-orang yang duduk didalam kumpulan ni pun antara orang yang dikehendaki Allah untuk terima rahmatnya. Aaaamiiiinnn~

thats all for today, since petang ni ada exams then gonna continue my studies after my zuhr prayer
it's jumuah! Don't forget to recite Al-Kahf. :)

May Allah always with you,

Tuesday, May 15

1 nikmat daripada 100

Assalamualaikum,

Allah turunkan satu nikmat daripada 100 nikmat yang Dia ada kat dunia ni.
dan apa yang kita rasa dari satu tu, jadi berpuluh, beratus dan 'ber-ber'-tambah dari itu kan.
nikmat kasih-sayang. nikmat makan makanan sedap, nikmat kesenangan hidup. nikmat kejayaan dalm macam-macam aspek dan banyak dan sangat banyak lagi.
tapi bila Allah turunkan satu ujian yang sangat kecil, punya cepat melatah.
masa rasa nikmat lupa, tapi kadang-kadang lupa juga masa ujian kecil menguji.

semalam, Allah turunkan ujian kecil, dan pastinya sedih. Tapi mungkin setakat tu rezeki yang Allah nak bagi. dan Allah tu memang dah Maha Bijaksana pengiraan ukurannya. Mungkin disebabkan usaha juga tidak seberapa maka keputusannya juga tidak seberapa. Positif thinking memang perlu dalam hidup kalau tak memang sesat.

Dan Allah itu Maha Adil bila setelah hujan diberikan matahari dan lebih indah keluar pelangi dihujung langit kan? Semalam begitu dan hari ini begini. semalam hujan dan hari ni langit Alhamdulillah cerah. Alhamdulilah untuk rezeki yang mungkin kali ini usahanya sedikit berganda daripada keputusan untuk hari semalam.

berterima kasih untuk 1 nikmat walau[un sebesar zarrah dan jangan lupa Dia dengan nikmat sebesar zarrah tu.
 : D

Sunday, May 13

diary

Whether to keep it as a secret or to shared it with someone, the point here is everyone has a story. Your experiences, feelings, ideas, thoughts, and dreams all combine to form your life and your journey, something copy right by you. And a great way to keep a relative reflection of all those things that have happened in your life is to keep a journal or diary.

well, untuk tajuk bel kali ni.. :)
tapi ada satu diary ni, dah lama dah ada, dah lama dah publish, dah lama disuruh baca dan pahamkan.
ditulis sebagai peringatan untuk semua.. dan diminta untuk tidak meniggalkannya..
 diary of Allah.
it contains everything, dunia dan akhirat.
cerita form the past, present and future. All from Allah.
 Tilawah dan Tadabur.
moga dipermudahkan urusan.

Tuesday, May 1

minit terakhir



Assalamualaikum,

Agenda minggu ini;
Rabu - Test Public Sector Accounting 420 (chapter 2-5)
Jumaat - Test CRG 420 (chapter 1-SIA)
Sabtu - Modul untuk pelajar

as for last week, i'm HAPPILY finished my mid term break by watching televisyen all day long and this week! it become my nightmare! semua benda pon last minit. nota tak siap. chapter tak habis cover and assignments are waiting like ....... ok stress! tapi salah sendiri!

MAY maybe my worst month for this semester.

post it note ~ siapa cakap jadi student ni senang? siapa cakap menuntut ilmu tu perkara mudah? hanya ada 2 option, awak belajar dan ingat selamanya atau awak belajar hanya untuk lulus peperiksaan? OK! 

Saturday, April 28

how sweet your day today?

sambil lappy tengah berdendang dengan lagu dari negara matahari terbit - hello by yui, dan ucapan Assalamualaikum. lets begin. :)

How sweet your day today? well mine roughly calculated almost reach 80 gram or is it almost 100 gram? this is not the kind of story yang you got a bunch of flowers or presents or even words which related to any romanticism and therefore you'll label it as "so sweeeetttt" (notice the "") sweet here equals to glucose!

i have a normal breakfast today ; bihun goreng.

all these glucose comes after 12 o'clock.

pertama sekali ; menikmati sekotak full cream of dutch lady milk. Diikuti dengan vanilla smoothies with a chocolate syrup as its topping. and then satu tin penuh of sprite. OK! overdose of glucose sampai lidah rasa manis je~~

tu belum kira jenis makanan yang mengandungi gula. adehh! huru-hara hidup! and Alhamdulillah berjaya menahan nafsu untuk membeli ice cream magnum choco cappucino.

imej sumber ; google

Thursday, April 26

Rant I

success comes after effort.

Assalamualaikum,
Tahniah jugak untuk yang lain yang diraikan masa majlis ni berlangsung hari tu. Anda semua hebat belaka.

Semalam saya terbaca satu cerita dekat my favorite author's page, HLOVATE, ada satu post (if i'm not mistaken) regarding success. I'll make it short, seorang budak yang tidak pandai di mata dunia in which dari sudut exam and career, dan sewaktu dengannya, tapi insyAllah hebat di masa akhirat sana. the end of that cerita there's this statement yang saya ringkaskan dia macam ni; masa semua orang tengah busy having lunch during jumaat afternoon, dia telah pergi untuk menukar pakaian ke baju melayu dan kain pelekat dan kakinya melangkah menunaikan kewajipan untuk sujud pada Dia. sounds simple kan, tapi...

success boleh dikatakan as one of nikmat Allah yang sangat luas kan, dan macam mana nkmat tu boleh datang dalam pelbagai bentuk, begitu juga kejayaan. nikmat datang bersama usaha dan begitu juga kejayaan.

untuk saya, dah pernah melalui benda ini untuk 3 tahun setengah dan semua orang tu ada kelebihan. Tak kira secara semula jadi mahupun hasil usaha sendiri. Allah akan tolong hambaNya yang berusaha kan? Dia tak akan ubah kalau hamba itu sendiri tak mahu merubah nasibnya sendiri. Kalau kita dah berusaha insyAllah, rezeki tu ada. kalau bukan sekarang, esok lusa...

Dalam mencari kejayaan dunia, kadang-kadang terleka untuk seiringkan sekali dengan kejayaan akhirat sana. manusia mudah lupa dan lupa itu bukan pada melayu sahaja. jadi kena ada sentiasa yang mengingatkan. pilihan utuk jawapan "tak apa, slow-slow" bukan jawapan yang betul sepatutnya sebab kalau ajal sampai dia tak slow-slow kan? masih jahil dan hina. masih perlu bimbingan ke jalan Dia. Semoga masih ada yang mahu memimpin tanpa sebarang spekulasi. dan Allah juga turut pandang usaha kita kan... :) - peringatan untuk diri sendiri.

Monday, April 23

a better way to learn

english have been part of our language besides malay, mandarin and tamil. well, improve your Linkenglish in a better way. and a more funny way! watch this! :)

Thursday, April 19

feedback

mungkin saya sebahagian darinya. hanya satu perkataan untuk itu, MAAF.

Friday, April 13

ujian.

berlegar didalam kepala.

Allah tidak akan turunkan ujian yang melebihi kemampuan hambaNya,

Allah tu memang tahu.
dan kita sebagai hamba yang masih lagi terkapai-kapai bila ujian turun.
iman digoda semoga tidak terus rebah.

semoga perkhabaran baik yang diterima.
semoga tabah menghadapi ujian dariNya.
kuatkan hati, teguhkan iman.

Wednesday, April 11

dua titik

kalau dia orangnya, dia akan berani untuk bertanya sendiri.
kalau dia orangnya, dia pemimpin ke jalan nur jannah.
kalau dia orangnya, dia tidak mudah berputus asa.
kalau dia orangnya, dia bijak berkata-kata.

Monday, April 9

teaser BEL 492




jukkasjarvi, 22th version.
3 weeks to go.
mock presentation in one week.
:)

Sunday, April 8

amin.

syukran jazilan :)

Allah ketuk pintu hati tu dengan bermacam-macam cara kan?
slowly. sikit-sikit lama-lama jadi bukit. :)

terima kasih sangat-sangat! untuk semuanya~

Saturday, April 7

secretive

assalamualaikum. sabahal al-khair. (selamat pagi)
sample answer for regarding my MGT subject; topic 3

In order to minimize biases perceptual among people one of the way is to improve self-awareness and this can be achieve by learning the johari window which consist of 4 different window. To minimize this biases view of people we need to widen the open area in which we should let others to know us better in many ways. pen to people as we also widen up our communication among people therefore we can reduce our perceptual biases.

dan dalam johari window ni ada secretive area in which part of ourselves yang kita tak nak orang lain tahu. kalau nak improve perceptual biases ni kena kurangkan this area in which just show your secrets to others.

tapi dalam diri sendiri bukan semua boleh tunjuk kan, there are some part in which kita sendiri pon kalau boleh tak nak tahu apatah lagi orang lain.

past, present or future. pasti ada sesuatu yang di masa silam yang memang ingin dipadam dari ingata. dan apa yang jadi sekarang pasti ada sesetengahnya yang kita sendiri belum tahu apa kesannya untuk masa hadapan kita.

tersenyum memang mudah. selain bersedekah ia merupakan kaca perantara wajah dan hati. wajah yang tersenyum bukan bermaksud qalb juga sedang melalui perkara yang sama.
dan yang pasti bila wajah iu sedang bermuram duka qalb itu juga memang sedang melalui perkara yang sama kan.



kita bukan boleh senyum sentiasa sebab kita hanya manusia biasa. tapi cubalah untuk senyum walau terpaksa sebab kalau kita sendiri yang memang tidak mahu bercerita kenapa kita bermurm jadi jangan timbulkan perasaan ingin tahu mereka yang mengambil berat untuk bertanya mengapa kita bermuram. jadi. senyumlah.

Friday, April 6

type A

talkative.

and few others criteria yang sudah luput dari ingatan,
the facts that being a talkative person i think most of the time it is not a good thing.
when you talk you exaggerate. eg. 1+1=2 and a talkative person can explain more and sometimes its annoying to someone else.
and when the times come they say stop before you even finish. and it makes you realize that you should change the way you talk.
cakap bila perlu.
itu sepatutnya kan.
when things like this happen it makes me wonder, a few things. in which this time i''ve decided to keep it silent. for everyone's sake and also me, myself.

maaf untuk sekali lagi. (kalaulah kau baca, aku memang betul mintak maaf. tapi kau macam part of my family in which aku tak dapat nak cakap maaf depan-depan bila aku betul-betul nak mintak maaf kat kau.)

Tuesday, March 13

toleransi

{ toleransi itu tidak semudah ejaannya }

baiknya untuk toleransi terhadap mereka yang lain.
adakah jahat untuk tidak mengendahkan mereka yang lain atas sebab mereka juga tidak begitu bertoleransi?

baiknya untuk tidak mementingkan diri sendiri.
adakah jahat untuk sedikit mementingkan diri sendiri dengan alasan yang kukuh?

baiknya untuk membuat segala perkara tanpa sebarang alasan.
dan pandangan jahatnya adalah apabila manusia itu memberi alasan.
bukankah manusia itu tidak sempurna?

bertoleransi bukan semudah menulis perkataan tersebut.
ia melibatkan segenap rasa dan EGO.
tinggi EGO maka lagi payah untuk bertoleransi.
dan tidak susah untuk bertoleransi.
give and take bak kata mereka yang dari barat.
tapi mereka yang hanya menerima kadang-kadang tidak sanggup untuk memberi.
dan mereka yang menerima kadang-kadang tidak sanggup untuk menerima.
dan akhirnya timbul pula isu self fish.
pentingkan pendapat sendiri sehingga tidak bertoleransi terhadap pendapat orang lain.

adakalanya, kena bijak menguruskan sesuatu benda.
tapi kadang-kadang tetap rasa bodoh untuk membuat sesuatu perkara.

dan kadang-kadang rasa macam self fish dan sedikit ditaktor.

apologize when mistakes are made.

Monday, February 27

kisah dongeng atau sumpahan?

A princess's love become fairy tale
a witch's love become curse

antara dua mana satu agaknya yang secara logik semua orang nak? the first one kan? fairy tale. kisah dongeng. dan siapa yang nak ia menjadi yang kedua kan? sumpahan.

ada masa, sebaliknya yang berlaku.

A witch may have a fairy tale love
A princess may have curse her own love

i've got too many things to say, but i think it will be much more better if i just keep it deep down here. but one thing, everyone deserve to be loved. either witch or princess.

learn your lesson

ada orang cakap;
Bad things are always going to happen in life. People will hurt you. But you can't use that as an excuse to hurt someone back.

Lesson should be learn right? Lesson should be something yang dah berlaku dalam hidup. bila ia dah berlaku automatically ia akan jadi sejarah, eventhough it only happened yesterday, or maybe few hours back. benda dah jadi. ia tak boleh nak diputar kembali. kan?

untuk yang akan datang aren't we suppose to make it better. well, mereka cakap sejarah berulang. dan mungkin ianya berulang sebab kita tak jadikannya pengajaran. instead kita jadikan dendam. at the end we tend to do the same things happened to someone else in future. bukan ke itu jadikan kita yang bersalah. dan lepas tu kite tend to blame the past, the history for making ourself macam tu and even worst kita blame the person that we may have hurt because of something yang kita sendiri yang patutnya should be blame for.

ok. how we think computer system is complex, kan computer tu dibuat oleh manusia, diprogram mengikut akal manusia dan ia juga menunjukkan yang kita adalah sesuatu yang complex kan. life is complex too. tapi kita ada garisan penamat. The Hereafter.

blame it first to ourself. fikir dulu kenapa jadi macam tu.
lesson memang sepatutnya dipelajari! bila belajar maksudnya cuba untuk menjadi lebih baik. untuk tidak ulang apa yang tidak sepatutnya. bukan mengulangi benda yang sama ke atas orang lain untuk menunjukkan yang kita mempelajari lesson tu.

oh! bila baca balik, ia macam tunggang langgang. do ignore. coz it is my fault.

Sunday, February 26

Iced Honey Peach Fruit Tea. A tragedy.

Bangun pagi excited. I have a wedding to attend. Tidak berkaitan pun tapi excitednya macam kawan sendiri yang kahwin. well ianya perkahwinan kawan saya punya abang.. since it was my first time attending wedding with only my friends so, why not saya excited sedikit kan...

a journey began. meeting with diana at her home and kami menuju ke shah alam with attention to meet the other person, fatin. well.. cut it short, all of us met and continued our journey.


Kitorang sampai dewan tu at good timing sebab time tu pengatin baru sampai nak bergerak masuk dewan. Since kitorang tak kenal the groom or the bride so we decided untuk wait outside for our friend, aqila untuk panggil kitorang masuk (segannya) but then since dia adalah one of the ahli tuan rumah so she's quite busy with her job as penyambut tetamu. At the end her mother recognized us and jemput kitorang masuk. makan.makan.makan. then kitorang decide untuk tunggu our other frinds untuk sampai. diorang agak lambat sebab sesat tak jumpa jalan. hahahah.. almost an hour baru diorang sampai. Trah, Echa, Fin and Zati arrived and diorang terus pergi makan sebab dah lapar. masa tu dah almost 3 o clock. Haruslah lapar kan. :)
Then we all taking picture sebab semua orang datang dengan sangatlah bergaya and cantik-cantik. :D

Then masa nak balik decide untuk singgah kat alam sentral nak beli popiah untuk diana's mother. unfortunately masa on the way (kitorang park and decide to go by foot sebab ramai sangat orang kat SACC sebab ada ABPH jelajah) rain was pouring hard! and me and diana decide untuk have our tea time.. hehheheh.. again. makan! ouh! and what become a tragedy? kasut saya putus talinya masa nak meredah hujan yang almost nak lebat! yup! PUTUS! sumpah malu gile. dah la kena cross road time tu . dok seret kaki and masuk je SACC tu kedai kasut pertama terus masuk and beli kasut baru. tak pasal2 melayang my money for something yang tak perlu. urghhh!! but, think positive, pkai masa nak pegi klas masuk sem nnt la yer :) hahhaha..


oh! and iced honey peach fruit tea at noodle station was one of the best drink ever! big glass, big satisfaction. :)

Tuesday, February 21

rainbow may appear only after going through rain. and sometimes it doesn't.

cuaca kat malaysia ni panas, lembab dan tak mungkin bersalji - selagi Allah tak izinkan untuk bersalji...

sesetengah tempat lepas hujan nampak pelangi and there are some places jugak yang tak dapat tengok pelangi tu. lebih berbaloi kalau tetiba nampak pelangi berkembar kan.. cantik pembiasan cahaya yang berlaku.

hidup ni macam cuaca. kadang-kadang cerah,
kadang-kadang redup, mendung dan kadang-kadang hujan bersabung guruh dan kilat.

kena bersyukur walau apa pun cuaca sebab lepas hujan ada pelangi, dan kalau cerah kain boleh cepat kering kan. there's pros and cons untuk setiap cuaca tu.

ada cuaca panas terik berhari-hari, lepas tu datang hujan selebatnya. insyAllah in the end ada pelangi peneman cahaya yang dah kembali redup.

awak mungkin tak dapat tengok pelangi tu kat tempat awak sekarang sebab Allah mungkin nak tunjuk awak dekat tempat lain kan. awak mungkin dapat tengok pelangi sekrang tapi awak tak tau cuaca untuk hari esok. orang boleh meramal tapi tetap hanya Allah yang tentukan.

p/s: tahniah untuk kawan-kawan seperjuangan yang berjaya melihat pelangi hari ini. rezeki anda. dan untuk yang pelanginya terlindung jangan riisau. ia tersembunyi dan insyAllah pasti muncul dalam hidup awak. May Allah bless us all dengan result yang lebih gempak next sem.

Monday, February 20

kesukaan lain

saya perasan sesuatu. benda yang saya suka buat selain benda-benda lain yang saya suka buat. tapi, benda ni saya suka buat tapi saya jarang-jarang makan. suka buat tapi bukan suka makan. kecuali benda-benda yang memang kegemaran

saya suka baking, cooking, dan sewaktu dengannya. cuma saya malas! yup!


Monday, February 13

?????

i've been wondering..

apa sebenarnya yang ada dalam kotak fikiran seseorang itu sehingga dia bertindak sebegitu rupa.
untuk menarik macam magnet?
atau juga untuk menolak seperti magnet?
atas sebab, ataupun mungkin alasan apa?

Thursday, February 9

sayang awak semua.

dedicated to my precious friends.

aku memang tak pandai cakap depan-depan.
aku memang buta dalam menilai.
dan kadang-kadang aku alpa aku jugak manusia yang tak sempurna.
amarah, celupar, dan kadang-kadang tidak ambil peduli.
tiada niat untuk menyakiti,
tapi mungkin tu yang terjadi.
maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.
maaf dari awal 3 tahun lepas hingga akan datang.
sebab aku pasti akan mengulangi benda yang sama.

maaf. maaf. maaf.

episod satu.

nikmat Allah di dunia ni secubit cuma.

cantiknya waktu senja,
nyamannya bayu ditepi pantai.
harumnya bau bunga yang berkembang,
indahnya warna yang terbentang didada angit.

dan sekali lagi, nikmat Allah didunia ni secubit cuma. dan...
ianya datang dalam pelbagai bentuk dan rupa.
tapi kadang-kadang mata sengaja dibutakan.

hidup sentiasa indah sebenarnya.
secara sedar atau tidak.
walaupun setiap hari melakukan rutin yang sama.
walaupun diduga ujian yang berat.
ia tetap indah kalau kita sentiasa berpositif fikirkannya.

dan belajar itu bukan sesuatu yang mudah.
sebab itu belajar ada peringkatnya.
sekarang boleh kata A.B.C itu mudah, tapi cuba tanya pada yang baru belajar bercakap.
mudahkah bagi mereka?


Thursday, February 2

ianya......

kereta diparking elok di dalam kotak. 3 pintu terbuka segera dan keluarnya tiga orang gadis yang baru habis beriadah - berbasikal di taman botani di waktu pagi was a good idea. so much fun and laugh.

tapi sebelum beriadah, semua orang perut kosong, dan bila habis. yup! haus yang teramat! dan tiga sekawan tu membuat keputusan untuk menjamu selera makanan segera. again. yups! kalori yang baru dibakar kembali digadakan dengan double cheese burger, mc chicken, spicy mc deluxe and beef prosperity. kenyang.

lepas buat beberapa aktiviti, i.e menonton wayang gambar then tiga sekawan decide untuk berjalan sebentar. masuk kedai buku konon-konon nak beli buku.

masuk je kedai buku...
terus nampak seorang lelaki tengah membaca novel contengan jalanan, karya hlovate.
dalam hati gadis pertama: uikk~ (dan muka tersenyum) - buku tu.....
dan terus berjalan menuju rak yang selalu dikunjungi dan gadis pertama tadi terdengar bisikan-bisikan lain.
"punyala banyak novel kat sini, hijau serindit jugak kau cari? hijau serindit ape?"
"ade satu buku, baju hijau serindit." kawan dia menjawab.
gadis pertama: gelak dalam hati (baju melayu hijau serindit, karya syud.) buku tu.... tangan turut menyelak rak di hadapan, mana tahu ada terjumpa, boleh tolong carikan..unfortuately, memang tak ada. (actually, gadis tu dah ada buku tu kat rumah pun) and yang peliknya mereka adalah lelaki.

p/s: ok. tak pelik untuk membaca novel tapi sangatlah jarang-jarang untuk jumpa kaum adam yang membaca novel unless ianya disuruh oleh seseorang kan...dont u think so too??

Monday, January 16

in other word, loyal.

bila dah addicted ni la yang jadi.
keep on repeating the same thing
and search for the same thing all over again.
u may find it freaky tapi from my pespective,
i consider it as being loyal.
bila saya suka, then saya memang suka.
it may sound scary which basically memang ya pun.
no worries, im the kind yang masih tahu my line.



by the way, which one is your eyes? it may differ a bit from yours but when kalau tengok betul2 the characteristics is there, (O__o)

Tuesday, January 10

currently,

short post regarding current situation of me.

curently - at Melaka
currently - fighting for my first final exam for my degree
currently - in lots of stress

ok. lets begin.
at melaka. well, dah almost 6 months kat sini. bandar melaka jadi rumah ketiga selepas my first and second home back at subang and sepang.

fighting for my first final exam for my degree. just realize yang this is my first semester which our final paper only consist of 5 subjects. yup! previously kitorang punya paper minimum pun 6 papers yang maximum will be 7 papers but bila fikir balik, this semester is the most toughest semester i've ever faced! sungguhla pun... basically we have 2 paper yang ada calculation but unfortunately, my first paper yang ader calculation hari tu (hari ahad lepas) has only minor calculation. OK! repeat. very minor calculation. tu pun yang setakat tambah tolak. sadis! punyaa bertungkus-lumus belajar all the derivation and all the differetiation tapi yang masuk all the basic things. and to make it worst, yang basic tu tak berapa nak cover since sibuk buat yang susah so there you go... rase-rasenyer ape jadi??? harapan........................ku punah weyh~!
5-2 = 3 paper yang memang kena BACA sahaja! yup! all theory papers. yang meang kena baca, baca, baca dan HAFAL. well, tomorrow ada paper. LAW! yup! business law! all types of contract. from private to public and all sorts of cases and articles and section and yada.. yadaaa... yaddaaa... yup! i know. bosan weyh! tonight kena struggle giler to hafal sumer benda.

ok. last one. stress level pada takat yang paling tinggi. caffeine dalam badan tak tahu on what level. nescafe dah macam air mineral yang masuk dalam badan tapi tidur tetap tidur. waduh~! doakan saya, 3.5 above. amin~~~

did i said that this going to be a short post? er.. terover plak. anyway, gud luck to all my course-mate for this semester. even a little lambat wish tapi saya doakan kita semua berjaya! yeay! to my house-mate yang amik course finance tu, gud luck to all of you juga. family outing pun family outing,. dan buku tetap buku kan. you girls rock! :D