Search This Blog

Tuesday, September 21

Untitled I

Anak mata dikerling sekilas ke arah jarum jam di tangan kiri. Sepuluh Sepuluh minit. Ada lagi dua puluh minit kelas Puan Mawar bermula. Dari kafe sampai bangunan akademik lebih kurang lima minit, naik tangga sampai tingkat dua lagi 5 minit, lalu foyer sampai kelas 205. Lima minit lagi geraklah. Otak merangka rancangan.
Buku dihadapannya ditutup. Nota yang sudah siap separuh itu disisip masuk ke celah buku. Tabiat zaman sekolah yang di bawa ke alam universiti. Sedikit nota persediaan sebelum kelas bermula.
Wafeeqa mula mengatur langkah. Berlalu pergi menuju kelas.

'Wafee, apsal lambat?' Pintu baru dikuak dah ada mulut yang sibuk bertanya. Bila masa pulak aku lambat. Ada lagi lima minit lah. Mata dituju terus pada si empunya suara.
'Bila pulak aku lambat cik kak oi? Tak reti tengok jam ke?' Kaki terus melangkah ke tempat duduk.
'Kan aku dah remind kau malam tadi, datang kelas pukul sepuluh. Ada benda aku nak diskus dengan kau, wahai cik Wafeeqa..' Suzana menyaingi langkah Wafeeqa.
Langkah mati serta-merta. Dahi detepuk.
'Alamak Su, lupa!' Wafeeqa memandang Suzana disebelahnya. Muka tidak bersalah tidak ditunjukkan. Harap belas kasihan lah tu!
'Apsal kau tak call aku?' Wafeeqa melangkah semula dan kemudiannya duduk.
'Dah naik pijar jari aku dok tekan redial kat handphone aku tu, tak dapat-dapat.' Suzana juga melabuhkan punggung disebelah Wafeeqa.
Tangan menyeluk ke dalam beg. Handphone Sony Ericsson ditarik keluar. Malap! Sah! Habis bateri.
'Apsal sengih-sengih tu? ni mesti kau tak charge bateri kan. Kau ni memang mintak kena sekeh kan?' Suzana naik berang.
'Ala Su, sorry sangat-sangat... Anyway, apa benda yang penting sangat nak diskus tu?'
'Pasal weekend ni la. kau jadi tak nak ikut kitorang pegi?'
'Laaaa.. ingat penting sangat. Rupanya pasal gathering tu je?' Wafeeqa mengeluarkan buku.
'Penting la. Bukan senang nak kumpul balik ngan budak-budak sekolah menengah tau,'
'Aku tak tanya lagi mak aku la. Later aku bagi tau kau ok? Tapi kan Su, aku dapat rasakan yang aku macam tak pergi je gathering tu.' Muka surat lapan puluh satu dibuka. Suzana juga begitu.
'Make sure u give me answer before thursay. We need to booked some tickets.' Suzana memandang ke depan. Puan Mawar sudah mula menulis di white board.

*************

Peluh mula menitik jatuh di dahi. Panasnya! Buang tabiat betul la minah ni. Mana ada orang bersiar-siar kat tepi pantai tengah hari buta. Aku pun satu, yang pergi ikut minah senget sorang tu kenapa. Aduh!
Dress maxi yang tersarung di badan sudah mengerbang ditiup angin. Topi besar atas kepala macam dah nak tercabut.Rambut tak payah cerita la. Dah macam puntianak harum sundal malam. Serabut. Nak-nak bila dah lepas macam ni. Tangan terus pegang kejap duduk letak topi besar itu.
'Suzana! Tunggulah aku!' Suaranya dikuatkan setelah sedar yang Suzana sudah jauh ke depan dan mula menghampiri gigi air, dah macam ikan yang tercampak keluar dari akuarium lepas tu tuan dia nampak dan nak masuk kan semula dalam akuarium tu. Terkinja-kinja macam tak pernah nampak air.
'Cepatlah Wafee!' Suzana menyahut tanpa menoleh ke belakang. Hati dah riang gembira jumpa air laut. Tapak kaki dah sentuh air laut.
Buuuurrrrr... Buuuurrrrrrr...
Hari tu baru pegi pantai. Ni pegi lagi. 'Wafee! Cepatlah sini!' Suzana bersuara lagi.
'tak sangka kan diorang pilih tempat ni untuk gathering kita. Seronoknya!' Suzana membongkokkan badan. Mengutip sesuatu.
'Hurm...' Aku hanya memandang terus. Ke ufuk sebelah sana. Luasnya laut ciptaan Allah.
'Dan aku paling surprise bila mak kau bagi kau pergi,' Suzana membongkok lagi sekali. Kulip siput pecah pula di angkatnya.
Bukan tak tahu ibu tu. Memang susah nak lepaskan anak bongsu dia ni pegi mana-mana tanpa pengawasan orang yang dia percaya. Memang pujuk tahap tak ingat la. Siap buat mogok tak makan 2 hari tu. Mana la si ibu tu tak mengalah. Anak kesayangan buat perangai sampai macam tu sekali. Berbakul juga pesanan dia sebelum aku bertolak pagi tadi. Dekat KLIA dah macam jejak kasih. Sepatutnya booked tiket bas jer. Tapi ibu tak bagi naik bas. Jauh sangat sampai Terengganu ni, jadi ibu dengan baik hatinya booked tiket kapal terbang terus. Hambik kau! Dengan Suzana sekali aku angkut naik kapal terbang sama. Tak kan nak naik seorang pulak kan? Hehehhe...
Bunyi tangan diketip dua kali mematikan imbasan pagi tadi.
'Kakak, dah sampai London ke?' Suzana berdiri depan mata.
'Hello! adik, bagi salam boleh tak?' Wafeeqa membidas.
'Berangan jer. Boyfie tak ada pon asyik berangan. Jom duduk situ,' Suzana menarik tangan Wafeeqa.










No comments:

Post a Comment