Wednesday, November 10

panca indera.


aku suka buat ni; duduk kat satu tempat dan perhatikan ragam manusia.

dan satu petang aku buat lagi, dan kali ni taman permainan jadi pilihan :D (kanak-kanak yang sudah lincah memang kegemaranku) dunia mereka pelangi, wajah mereka penuh riak tawa dan riang, dan mereka disayangi.

ada seorang kanak-kanak di buaian, ditolak oleh ibunya, - sedang ketawa.

sekumpulan kanak-kanak sedang berbaris menunggu giliran nak turun slide - bahagianya.

ibu dan bapa sedang mengagah si anak kecil di dalam stroller bersama anak lelaki sulung mereka - indahnya.

dan ternampak, seorang budak cilik sedang menangis. oh! lututnya calar. terjatuh mungkin.. dan serta-merta di dukung oleh ayahnya dan di tiup lukanya, dan dia berhenti menangis dan mula tersenyum (walau masih ada sisa pedih di lututnya.) - aku mula bangun dan berlalu pergi. kehidupan seorang kanak-kanak.

p/s : dunia bagaikan berputar disekeliling mereka, kan?

No comments:

Post a Comment