Search This Blog

Tuesday, May 15

1 nikmat daripada 100

Assalamualaikum,

Allah turunkan satu nikmat daripada 100 nikmat yang Dia ada kat dunia ni.
dan apa yang kita rasa dari satu tu, jadi berpuluh, beratus dan 'ber-ber'-tambah dari itu kan.
nikmat kasih-sayang. nikmat makan makanan sedap, nikmat kesenangan hidup. nikmat kejayaan dalm macam-macam aspek dan banyak dan sangat banyak lagi.
tapi bila Allah turunkan satu ujian yang sangat kecil, punya cepat melatah.
masa rasa nikmat lupa, tapi kadang-kadang lupa juga masa ujian kecil menguji.

semalam, Allah turunkan ujian kecil, dan pastinya sedih. Tapi mungkin setakat tu rezeki yang Allah nak bagi. dan Allah tu memang dah Maha Bijaksana pengiraan ukurannya. Mungkin disebabkan usaha juga tidak seberapa maka keputusannya juga tidak seberapa. Positif thinking memang perlu dalam hidup kalau tak memang sesat.

Dan Allah itu Maha Adil bila setelah hujan diberikan matahari dan lebih indah keluar pelangi dihujung langit kan? Semalam begitu dan hari ini begini. semalam hujan dan hari ni langit Alhamdulillah cerah. Alhamdulilah untuk rezeki yang mungkin kali ini usahanya sedikit berganda daripada keputusan untuk hari semalam.

berterima kasih untuk 1 nikmat walau[un sebesar zarrah dan jangan lupa Dia dengan nikmat sebesar zarrah tu.
 : D

No comments:

Post a Comment