Search This Blog

Thursday, February 9

episod satu.

nikmat Allah di dunia ni secubit cuma.

cantiknya waktu senja,
nyamannya bayu ditepi pantai.
harumnya bau bunga yang berkembang,
indahnya warna yang terbentang didada angit.

dan sekali lagi, nikmat Allah didunia ni secubit cuma. dan...
ianya datang dalam pelbagai bentuk dan rupa.
tapi kadang-kadang mata sengaja dibutakan.

hidup sentiasa indah sebenarnya.
secara sedar atau tidak.
walaupun setiap hari melakukan rutin yang sama.
walaupun diduga ujian yang berat.
ia tetap indah kalau kita sentiasa berpositif fikirkannya.

dan belajar itu bukan sesuatu yang mudah.
sebab itu belajar ada peringkatnya.
sekarang boleh kata A.B.C itu mudah, tapi cuba tanya pada yang baru belajar bercakap.
mudahkah bagi mereka?


No comments:

Post a Comment