Saturday, May 28

wound that never healed.

hurt once? hurt twice? hurt again and again?

setakah luka jatuh tergolek, terlentang, tergeliat tu memang sembuh punyalah. kan? paling teruk pon kena semen pastu elok la tu? kan??? heheh..

agak2 luka apa yang tak sembuh???bagi saya luka semua akan sembuh punya... cuma tinggalkan parut jer.. lagi teruk luka lagi teruk parut.. kalau patah kaki paling teruk kaki tu terus dah tak boleh guna..kan???

saya dalam golongan hurt again and again... berkali-kali... orang kalau dah cakap hurt ni mesti sebab kaum adam... yup! betullah tu.. kaum adam... tapi bukan yang dapat mandat "buah hati" tu, ni yang dapat mandat lagi tinggi... saya terluka sebab dia.. dan saya lukakan hati orang lain berpunca dari dia.

kesian untuk orang yang saya lukakan tu sebab saya selalu buat lagi dan lagi.. dah banyak kali dia nangis sebab saya. berdosanya hanya Allah yang boleh hitung. dia selalu sangat nangis kalau kami bertekak pasal dia yang satu lagi. saya tak salahkan semua atas dia sebab saya tahu saya sendiri gagal mengawal diri sendiri. Salah sendiri sebab dah tahu benda tu salah tapi buat lagi dan lagi...saya selalu mintak maaf, tapi hanya keluar dalam hati dan bukan melalui mulut.

saya sbenarnya marahkan dua-dua. kenapa dia masih menuggu kalau dah tahu hakikatnya. dan dia yang lagi satu kenapa tidak pernah belajar dari kesilapannya sendiri.. dia nak ke benda yang die pernah buat tu jadi pada orang yang paling hampir dalam hidup dia??? Allah tu maha adil kan. dan Allah tak pernah memungkiri janji.

saya tidak sengaja. untuk melukakan dua-dua. sebab saya juga turut terluka. dan memang ade parut yang sangat dalam. dan saya tahu, cara untuk menghilangkannya terletak pada satu perkataan, "MAAF" yang di ucap saban kali hanya di hati. belum cukup kuat untuk meluahkan sebab saya yakin ia pasti berulang.

titipan akhir; saya betul-betul minta maaf untuk setiap benda yang saya dah buat. Ampun.

No comments:

Post a Comment