Search This Blog

Thursday, August 5

Mr & Mrs Q - eps 1

love is change. cinta itu ubah. dan ubah itu juga boleh ditambah dengan imbuhan dan ia akan berubah mengikut maksud tersendiri. PERubahAN, MENGubah, BERubah, bergantung kepada setiap perspektif individu itu~

Dan ini kisah aku~

Malam itu bermandikan cahaya api yang berwarna-warni. Al-maklumlah, malam raya. Riuh-rendah suara kanak-kanak berkejaran sambil tangan ligat bermain bunga api. Turut bergelak ketawa para ibu di dapur menyiapkan persiapan terakhir untuk menyambut hari raya pada esok hari. Tidak ketinggalan si bapa yang leka berborak di anjung rumah sambil-sambil memerhatikan gelagat si kecil bermain. Risau berlaku kecederaan barangkali. Itulah tradisi keluarga besar mereka. Berkumpul dan bergembira di malam raya.
Adik-beradik sebelah babah ada 12 orang. Sudah berumahtangga, kesemuanya. Ditambah dengan anak-anak yang sudah membesar dan ada segelintir mereka juga telah berumah tangga dan mempunyai anak-anak kecil. Sudah berpangkat mak cik, pak cik, malahan juga nenek walaupun umur tidak jauh berbeda. Bayangkan betapa besar ahli keluarga rumah ini.

**
Kring! Kring!
Telefon rumah nenek berbunyi. Sedikit mengganggu tidur yang sedang lena.
“Assalamualaikum” Sayup kedengaran suara orang memberi salam di telinga Qaisara. Lenanya juga terganggu akibat deringan di awal pagi itu. Cuba melelapkan kembali biji mata.
“Qai, bangun Qai! Bangun. Mama Qai yang telefon tu,” Suara kak Syuhada, sepupunya memecah masuk ke gegendang telinga. Bahunya terasa digoncangkan.
Qaisara duduk. Tangan ligat mengusap-ngusap mata. Otak cuba mencerna bibit-bibit perkataan yang keluar dari mulut sepupunya itu.
“Mama Qai call tu, pegilah jawab sana,” Kak Syuhada menyedarkan Qaisara yang masih kelihatan mamai.
Qaisara bangun menuju ke meja sudut kcil di tepi dinding dan ganggang dicapai.
“Hello ma, ada apa pagi-pagi telefon ni?” Qaisara masih lagi memisat matanya.
“Qai, mama dah cerai dengan babah,” Sepotong ayat itu betul-betul telah berjaya membutangkan mata Qaisara. Tiada tangisan kedengaran. Hanya desah nafas yang menyelubungi sunyi pagi itu.
“Qai nak balik KL hari ni tak? Mama boleh suruh Pak Mat ambilkan kat kampung, or Qai nak stay kat kampung for few more days ke?” Puan Mimi berbicara selepas beberapa ketika menyepi.
“Qai nak stay,” Hanya itu jawapan yang diberikan dan ganggang diletak. Entah apa yang bermain difikarannya ketika itu. Kecewa? Sedih? Entahlah. BERKECAMUK mungkin! Atau lebih tepat dah tak boleh berfikir secara waras sebab terkejut. Dan itu cerita beberapa tahun dahulu. Kini hari raya tidak lagi meriah dan kegembiraan juga semakin surut.
Qaisara duduk termenung. Peristiwa ketika Qaisara berumur 15 tahun mengamit memori. Peristiwa beberapa tahun lepas itu menjadi punca untuk dia berubah menjadi Qaisara pada hari ini. Pegangan hidupnya bertukar serta-merta selepas mamanya diceraikan oleh babah kerana babah ingin berkahwin lain. Mama tabah. Qaisara tidak pernah melihat mama menangis sejak panggilan telefon dulu tu dibuat. Mungkin tidak mahu Qaisara ikut bersedih, dan Qaisara tidak pernah diajar untuk membenci walhal berdendam terhadap babahnya. Itu yang membuatkan Qaisara sangat mengagumi mamanya. Walaupun babah masih menjalankan tanggujawabnya sebagai ayah terhadap Qaisara, dan itu bukan tiket untuk membuka hati Qaisara menerima ahli keluarga baru dalam hidupnya.

No comments:

Post a Comment