Tuesday, August 17

kembali!

benda yg rasa nak di coret2 kn kat sini untuk hari ini...

semalam baca buku yg ber-genre kan ilmiah, motivasi, dan bagi aku sedikit ketenangan dan cara menjalani hidup supaya lebih bermakna di kemudian hari.]
tulisan seorang isteri buat suami : pemilik cintaku setelah Allah dan Rasulullah.
sesuatu yang di dalam itu buat aku terfikir untuk berubah dan cuba untuk menjalani hidup dengan lebih bermakna. INSYALLAH. semoga dipermudahkan oleh-NYA,

Bila dedahkan diri dengan benda2 seperti itu timbul berbagai rasa.
rasa sebagai hamba Allah yang paling tidak bersyukur. rasa sebagai hamba Allah yang selalu leka dan lalai. rasa sebagai hamba Allah yang hina.
Aku ingin berubah. Aku ingin merasakan nikmat yg betul dari-NYA
dan perubahan itu kadang-kala aku rasakan perlu dipaksa sebelum manjadi darah daging.
hendak ku lentur hati ni tapi dah besat macam buluh agar sukar kan?
tetapi sehingga bila nak buat alpa?
buat-buat lupa akan dosa dan pahala?
sedar ia satu kesalahan namun tetap melakukannya.
Benar! kita hanyalah manusia. melakukan kesalahan.
bukankah kita sedar ia satu kesalahan? jadi kenapa masih dilakukan?
hati & niat.
hati yg bersih dengan niat yg suci. INSYALLAH.
dan bagi aku. aku ingin berubah. sekurang-kurangnya kepada sesuatu yang lebih barakah.dan aku yakin tidak rugi. AKU BENAR YAKIN AKAN ITU.
semuanya bermula dari hati.
aku perlu mencari, mengenal,mengamal 'PEMADAM' yang mampu memadam titik titik hitam di hati. SEMOGA DIPERMUDAHKAN. AMIN.
doa kan aku.

2 comments: