Thursday, December 16

the earliest moment

hanya sekadar pandangan,

awal-awal,
dapat hadiah dari mereka yang istimewa, hadiah juga turut istimewa,
dijaga rapi, di bela dan sentiasa di dampingi,
dan pada saat akhirnya dia mula kelihatan tidak menarik,
dia akan mula tercampak sama ada di dalam encik tong hitam atau stor penuh habuk.

awal-awal,
Encik D sibuk bermadah, bermain kata cinta dengan cik B,
minit berganti jam, berganjak hari, bertukar minggu, masuk bulan dan bertukar tahun,
dan pada akhirnya cik B sudah bosan, encik D mula berpaling arah,
kutub selatan pilihan si dara, kutub utara buat teruna jalan lurus mula menanpakkan simpang.

roda itu memang di cipta bulat sama seperti bumi, malah planet lain juga..bulan dan matahari pun masih bulat bentuknya, dan bulat itu disinonimkan dengan kehidupan yang kadang-kadang di atas dan tidak terlepas untuk berada di bawah. jangan terlalu mendongak sehingga tidak mengendahkan batu-batu jalanan, sudah tersungkur, lukanya mungkin meninggalkan parut,

No comments:

Post a Comment