Tuesday, June 15

unknown 2

Alunan lagu Three daripada Britney Spears mula berdendang. Semakin lama semakin kuat. Bertambah kuat. Tangan meraba ke kiri dan ke kanan.
Mana pula aku campak handphone kesayangan aku ni. Hati dah membebel gara-gara bunyi dah semakin busing.
Teeett! Butang snoze di tekan. Mata tertutup semula.
Tidak sampai lima minit, lagu itu bermain semula.
Kali ini butang stop di tekan. Lagi aku layan mengantuk ni tak pasal-pasal subuh gajah aku nanti.
Rutin biasa. Badan mengeliat sambil duduk kaki katak. Tangan sibuk membetulkan rambut ikal mayang melepasi bahu itu. Pergi ke tandas, gosok gigi dan berwuduk. Masa untuk meghadap Yang Maha Esa. Allahuakhbar!

"Qai!" Bonda melaung dari bawah. Laungan kali pertama. Laungan kali kedua. Dan...
Tok! Tok! Tok!
"Qaisara, anak bonda ni dah bangun ke belum? Nanti terlepas subuh sayang."
Pintu terkuak. "Yer bonda. Sorry la tak jawab tadi. Qai baru abis solat. Maaf ya bonda." Senyuman lahir dibibir si ibu.
"Dah! Jom makan sekali ngan ayah kat dapur tu. Lepas makan boleh tolong bonda bersihkan lama."
"Jom!"
Nasi lemak kukus lauk ayam berempah. Wow! ni peberet nih! Bonda memang the best in the world lah!

Teet!Teet! Sony Ericson Aino berbunyi. 1 Message Recieved!
Ala..Pagi-pagi dah ada orang mesej. Sibuk betul lah.. Dah la tengah melantak ni.

Morning! :D
-Qalize-

Tangan menekan kekunci.


Morning~ Ada ape sibuk pepagi nie?

No comments:

Post a Comment