Search This Blog

Monday, August 1

puasa.

Assalamualaikum, akhirnya tabir ramadan sudah terbuka untuk seluruh umat islam di dalam dunia, tak kira kat mana pon kita duduk, hanya perbezaan masa yang memisahkan kita samada cepat bersahur atau lambat berbuka, kan?
bulan yang ditunggu kerana pahala berganda-ganda dan berbaloi-baloi bagi mereka yg menghargai ramadan, semoga usaha kita (lebih-lebih lagi, syaitan durjana sudah dijamin oleh Allah bahawa mereka semua telah diikat ketat-letat rapat-rapat, hanya satu je syaitan yang perlu dilawan iaitu, nafsu sendiri) untuk mendapat barakah dipermudah dan diredhai oleh Dia yang Maha Esa, Amin....

sedikit sedih hari ni, sebab untuk first day puasa, saya bersendiri menjamu selera di kedai yang juga tidak ramai penghuninya, apa yang dimakan sekadar mengisi perut bagi megelakkan diri dari mendapat sakit keesokkan hari. tiada keseronokan untuk berbuka. teringat sesuatu, mungkinkah saya diingati untuk berbuka dirumah? sama ada mereka risaukan saya makan apa di luar, tidak di tanya, sedikit terkilan, tidak mengapa kerana memang begitu hakikatnya. sentiasa di pinggir dan hanya sendiri yang menyedari dan hanya disenyapkan bagi menjaga hati.

tiada niat untuk mengungkit, tiada niat untuk mempertikai, hanya ingin mengingatkan, kerana diri sendiri memang sudah pasti tidak akan perasan apa yang diri sendiri buat. kerana rapat dengan yang sebelah sana, kita dibiarkan begitu sehingga segala salah bagai berpunca dari kita juga, segala buruk hanya ada pada kita juga dan seala yang teruk hanya pada kita juga. bersedih? pasti, tapi hanya mampu menahan di dalam hati, tidak sampai hati.

jangan terlalu gembira, tidak elok. tapi gelak tawa dan gurauan senda yang hanya mampu memuatkan kita lupa seketika untuk masalah yang ada. bukan lari, hanya meniggalkan seketika.jika dibiarkan berfikir, air mata akan jatuh lagi, sebak akan sentiasa hadir untuk sudah berapa minggu, biarkan begitu, lebih rela begini. semoga dipermudahkanNya,

No comments:

Post a Comment