Search This Blog

Tuesday, July 6

siapa saya?

dalam satu misi mengenali diri sendiri.. susahnyer.. walaupun dri sendiri..

aku? saya? i? me?
seorang dara yg dilahirkan di dunia pada 9 hb 8 thn kuda.
pernah hidup secara nomad iaitu dari jb-kl-labuan-selangor-seremban-kini-selangor!
seorang dara diantara 3 org lagi teruna2 dirumah(tak masuk ayah ok)

aku seorang yg???
don't know betul or tak..ini cuma angapan unuk diri sendiri..
aku rse diri aku seorang yg terlalu complex utk diceritakan. aku pemalu ttpi ada kalanya terlalu berani.. aku mengatakan tidak tetapi sbenarnya itu yg aku mahukan. aku tidak ego tetapi kadang2 aku mempertahankan sesuatu yg aku sendiri tak pasti kebenarannya. aku minat sesuatu yg bergelar seni. aku megikutinya dan menjadikannya sebhagian dari hidup aku tapi tak pernha dapat puaskan hati aku sendiri? minat kah itu sedangkan bila ia berjaya dijalankan aku ttp tidak puas hati?
aku didalam jurusan akaun. jauh tersasar dari ape yg aku ingnkan. namun perjuangan diteruskan utk memuaskan hati kedua ibu bapa ku. ikhlas kah aku? nawaitu mungkin berada dilandasan yg beul (iaitu untuk belajar) namun kekurangan dlm keikhlasan menyebabkan aku rase balasan untuk keputusan selama 4 semester di uitm.

aku mudah TERsuka kepada sesuatu, seseorang! itu aku akui kebenaranya dan aku yakin sifat ini dimiliki dari kuah si ayah yang tumpah ke nasi (aku). Namun aku tidak suka dilukai.. aku mampu berpura-pura kerana aku telah diajar untuk begitu. naifnya aku hanya kau yang tahu. kejam nya aku hanya aku yang tahu. hati aku hanya ALlah yang tahu. ITU HAKIKATNYA!

membaca itu kegemaran. menulis itu kesukaan. melukis itu hobiku. melakar sesuatu yang fantasi itu juga kehebatanku. aku yakin aku tidak suka realiti. mungkin sbb fantasi itu lebih manis dari realiti. itu sebabnya aku gelumangkan diri ku dengan novel2 cinta yang aku tahu dan sedar sepenuhnya ia merupakan fantasi hebat semata. berharap sesuatu yang mustahil menjadi habitku.

hidup ini penuh pancaroba. itu juga aku tidak nafi! tidak perlu orang lain. hidup ku juga sudah penuh pancarobanya. untuk menangani aku selalu berfikir. susahnya kita ada orang yang lebih susah. kaya nya kita ada orang yang lagi kaya. berfikir secara terperinci itu bukan kehebatanku. aku seorang pemikir yg tidak matang namun aku mampu berfikir baik buruk sesuatu itu. ALHAMDULILLAH aku mampu berubah. walaupun tidak sepenuhnya tetapi itu mungkin permulaannya. kadang2 kena paksa dulu sesuatu baru boleh kekalkan dalam diri. bukan senang nak jadi "BAIK" dan tidak susah pula nak jadi "JAHAT"!. prinsip itu.

pegangan! philosphy hidup aku. im a positive thinker. aku sedar benda itu. sesuatu yang pasti. namun aku mampu berubah kepada seorang yang sangat negative apabila ader orang yang merobek kepercayaan itu. aku mudah menyayangi. dan aku sayang yang amat dalam. ITU AKU! ^^'

No comments:

Post a Comment