Search This Blog

Wednesday, July 11

ujian

Assalamualaikum.

plain night with a strong blow of wind.
I'm singing my blues.. 

2 more last paper, today 12.7.2012. PSA 420 - Public Sector Accounting (Malaysian Contex)
fuhhh~
rasanya untuk semester ni tak berapa nak struggle sangat la. Too calm in revising all the chapters tapi masa dalam dewan memang betul menggelabah. Dengan alasan tegar yang sama untuk setiap paper, tak cukup masa nak jawab. dan bukan sebab terlalu banyak idea macam cokelat yang dicurah-curah ke ladang gandum tu dan jadilah coco crunch, tp sebab terlalu lama habiskan masa untuk memikirkan jawapan untuk satu-satu soalan sampai.... ok.. tak boleh nak kata dah...

"Hasbunallah Wani'mal Wakil"

Stress? Sem ni paling stress masa paper FAR 400, betul punya sakit jiwa dengan all the questions yang unexpected, dan sekali lagi alasan tak cukup masa, dengan semua akaun yang tak imbang, adesss~ memang keluar dewan dengan hati yang huru-hara. dan untuk mengekalkan kecerian hati yang sedikit kecundang (kecundang keh??) just tawakal to Allah with all the efforts that u have done kan. He knows best!

Dan yang menambah sedikit lagi huru hara bila housemate yang major in financing habis paper awal almost 7 days earlier than us! OK! 6 DAYS to be exact la kan, tapi still habis awal k n bila diorang sume dah menjejakkan kaki keluar dari rumah sewa ni untuk pulang ke pangkuan ahli keluarga masing-masing, sumpah JEALOUS! ok. FINE! rezeki mereka balik awal tapi ia sangat mengganggu-gugat ketenteraman yer,

Dan ditambah lagi dengan antibodi badan yang macam tak berapa nak stabil, almost catch some flu, demam segala bagai.. dengan mata yang dicium oleh seekor raksaksa  serangga berbadan kecil (dah raksaksa berbadan kecil pula? Apakah??)  yang telah menyebabkan mata sebelah kiri membengkak dan menimbulkan kesan seperti melecur yang betul sakit ok~! sebab dekat giler dengan mata. Betul-betul hujung eye-line tu. Almost 5 days dan masih dalam proses pemulihan. dengan harapan yang tinggi janganlah berparut sebab memenag jelas lagi nyata tahap kebesaran luka itu.

Ouh!Ouh! Tomorrow (FRIDAY) will be our last usrah untuk sem ni dan mungkin juga kali terakhir bersama mutarabbi kami- KAK ISMA.. cant wait for this Friday tapi... well.... just so u'olls know, i'm soooooo happy with you girls! : )

Ouh!Ouh! Ramadhan coming rite? Bulan penuh rahmat sebab hanya ada satu je syaitaniyyah yang kita perlu lawan- ourselves - sendiri punya nafsu. Have you prepared yourself? saya sedang. : ) dan doa saya semoga kita semua berjaya mengutip semua jenis berkat-berkat yang Allah turunkan masa bulan ni nanti yer. Aaammiiinnn~~


Thursday, June 21

it's jumuah

Assalamualaikum. Barakah Jumuah.

agak-agak dah lama dah tak update benda ni. Tak luak apa pun kala tak update kan? ^^"
so, hari ni macam mana? macam mana apa? macam mana hari jumaat anda? terisi?
untuk yang sebelah pantai timur tengah bercuti, tapi sebelah-sebelah selatan ni tengah berkerja yer?

today will be my last day of attending class for this semester. Hoorey! dah habis dah waktu-waktu kena pergi kelas dan duduk terperuk disana sementara menunggu kelas lain bermula sambil badan dah hampir mengigil kesejukan. tapi TAK Hoorey sebab final exam sudah bermula. Dan hari ni hari terakhir in which i'm going to sit for my last quiz and test! yeahh! i've got two exams to answer and yes it is on the same day. dan hari ni jumaat. semoga dipenuhi barakahNya. yeahhjj!

ada sesuatu yang pasti tentang hari jumaat ni. for me of course. for this semester i've always wait for this day to come. for what? ouh!ouh! saya join bulatan gembira!(nama lain yang saya tahu untuk Usrah - sila baca dengan nada yang sangat gembira - kalau ada yang baca laaa..) and sumpah gembira gila! awak pernah rasa macam mana rasanya terasa sangat kerdil untuk sesuatu yang sepatutnya yang hanya asas yang perlu diketahui tapi kita tak tahu. awak pernah rasa macam mana rasanya terasa sangat jahil untuk semua benda walaupun kita selalu buat benda tu. i've felt it.

Jumaat. 10 Pagi. Surau Ayam (OK! surau ni terlatak dalam Apartment Yayasan Melaka yang kitorang budak2 UiTM ni dok panggil AYAM, and now they have done the perasmian and have given a good name to this surau which unfortunately saya terlupa nama dia and masih panggil surau AYAM. Asif Jiddan)

Do you know how they always says that bila kita menghadirkan diri dalam majlis-majlis sebegini, para malaikat akan kembangkan sayapnya. and do you know how i imagine those things? kita rasa kembangnya sayap-sayap tu dengan rasa tenangnya jiwa bila kita menghadirkan diri dengan benda yang macam tu. dan bila awak hadir dengan ikhlas hati awak akan rasa benda tu. sumpah best!

I learn a LOT! saya nak hiperbola sikit! sebab memang A LOT LOT LOT TAHHH~~~ hahahhaha..
They're like an alarm - the slow and constantly ringing one!. 
Oh! A post-it note also. 
Oh! Oh! and even a lamp :)
Sebab mereka mengingatkan kita. menyedarkan kita, dan awak perlukan bantuan mereka untuk keluar dari kegelapan. untuk tidak lupa pada Dia dan RasulNya.
dan saya rasa saya dah belajar sayangkan mereka kerana Dia juga :)
thanx A LOT (ok exaggerate lagi)

and kalau ada yang bertanya untuk apa pergi? jawablah. orang-orang yang duduk didalam kumpulan ni pun antara orang yang dikehendaki Allah untuk terima rahmatnya. Aaaamiiiinnn~

thats all for today, since petang ni ada exams then gonna continue my studies after my zuhr prayer
it's jumuah! Don't forget to recite Al-Kahf. :)

May Allah always with you,

Tuesday, May 15

1 nikmat daripada 100

Assalamualaikum,

Allah turunkan satu nikmat daripada 100 nikmat yang Dia ada kat dunia ni.
dan apa yang kita rasa dari satu tu, jadi berpuluh, beratus dan 'ber-ber'-tambah dari itu kan.
nikmat kasih-sayang. nikmat makan makanan sedap, nikmat kesenangan hidup. nikmat kejayaan dalm macam-macam aspek dan banyak dan sangat banyak lagi.
tapi bila Allah turunkan satu ujian yang sangat kecil, punya cepat melatah.
masa rasa nikmat lupa, tapi kadang-kadang lupa juga masa ujian kecil menguji.

semalam, Allah turunkan ujian kecil, dan pastinya sedih. Tapi mungkin setakat tu rezeki yang Allah nak bagi. dan Allah tu memang dah Maha Bijaksana pengiraan ukurannya. Mungkin disebabkan usaha juga tidak seberapa maka keputusannya juga tidak seberapa. Positif thinking memang perlu dalam hidup kalau tak memang sesat.

Dan Allah itu Maha Adil bila setelah hujan diberikan matahari dan lebih indah keluar pelangi dihujung langit kan? Semalam begitu dan hari ini begini. semalam hujan dan hari ni langit Alhamdulillah cerah. Alhamdulilah untuk rezeki yang mungkin kali ini usahanya sedikit berganda daripada keputusan untuk hari semalam.

berterima kasih untuk 1 nikmat walau[un sebesar zarrah dan jangan lupa Dia dengan nikmat sebesar zarrah tu.
 : D

Sunday, May 13

diary

Whether to keep it as a secret or to shared it with someone, the point here is everyone has a story. Your experiences, feelings, ideas, thoughts, and dreams all combine to form your life and your journey, something copy right by you. And a great way to keep a relative reflection of all those things that have happened in your life is to keep a journal or diary.

well, untuk tajuk bel kali ni.. :)
tapi ada satu diary ni, dah lama dah ada, dah lama dah publish, dah lama disuruh baca dan pahamkan.
ditulis sebagai peringatan untuk semua.. dan diminta untuk tidak meniggalkannya..
 diary of Allah.
it contains everything, dunia dan akhirat.
cerita form the past, present and future. All from Allah.
 Tilawah dan Tadabur.
moga dipermudahkan urusan.

Tuesday, May 1

minit terakhir



Assalamualaikum,

Agenda minggu ini;
Rabu - Test Public Sector Accounting 420 (chapter 2-5)
Jumaat - Test CRG 420 (chapter 1-SIA)
Sabtu - Modul untuk pelajar

as for last week, i'm HAPPILY finished my mid term break by watching televisyen all day long and this week! it become my nightmare! semua benda pon last minit. nota tak siap. chapter tak habis cover and assignments are waiting like ....... ok stress! tapi salah sendiri!

MAY maybe my worst month for this semester.

post it note ~ siapa cakap jadi student ni senang? siapa cakap menuntut ilmu tu perkara mudah? hanya ada 2 option, awak belajar dan ingat selamanya atau awak belajar hanya untuk lulus peperiksaan? OK!