Search This Blog

Tuesday, May 19

its been a while,

Assalamualaikum.

Sudah lama menyepi kan.
Sudah lama dibiarkan kosong tidak bertulis.
Sudah lama untuk tidak diendahkan.

Kita merancang dan Allah itu sebaik-baik perancang.

Pernah dulu, aku terlalu terkilan dengan keputusan daripada mak dan ayah.
Tidak membenarkan aku untuk menyambung pelajaran dalam jurus fesyen atau seni.
Sedih sehingga menangis dan malam sepatutnya aku boleh bersedia untuk interview aku habiskan dengan menangis dan melalak kerana ingin lepaskan geram. Sungguh jahil waktu itu.

Dek kerana tidak dibenarkan menyambung ke arah yang aku inginkan, jadi aku memilih untuk menyambung jurusan perakaunan Namun, setiap kali soalan yang berkaitan dengan cita-cita mahupun perancangan masa hadapan terutama dari sudut kerjaya, aku sering kali mengeluh dan berkata, "saya tak tahu" atau "saya tak minat sebenarnya akaun ni, saya masuk pun atas dasar untuk mengikuti kehendak mak dan ayah" ( sekali lagi aku gagal dalam menerima kenyataan) dan entah berapa kali bende itu berulang, diulang setiap kali pertanyaan yang sama dikeutarakan.

Dan aku telah pun berjaya menyambung sehingga ke peringkat ijazah. Jurusan perakaunan dan masih lagi segar diingatan yang aku masih lagi buntu dan seringkali mengeluh apabila memikirkan tidak dapat menyambung ke bidang fesyen atau seni.

Kini, selepas beberapa bulan aku tamat pengajian, aku kini bekrja di sebuah butik yang hampir dengan rumahku. Atas bantuan mak yang suruh aku membantu sahabatnya yang sedang kekurangan pekerja. Aku yang mulanya sedikit memberontak kerana seperti dipaksa tetap bekerja di butik bagi embantu kawan mak yang memerlukan bantuan. dan aku mula sedar. Yang Allah tu the Best Planner ever. Kita merancang namun Kun Fayakun itu datangnya dari Allah jua.

Allah tak bagi pada mulanya mungkin sebab aku munkin bukan aku yang hari ini.
Allah tak bagi pada mulanya sebab Dia dah atur perjalanan hidup aku akan berubah sewaktu pengajian ijazahku.
Allah ak bagi pada mulanya sebab Dia dah susun untuk aku belajar dari mereka yang lebih berpengalaman.

Kini aku melihat, bukan mudah bidang ini,
Kini aku melihat, masih jauh perjalananku.
Kini aku melihat, Allah itu mengatur supaya aku sentiasa bersyukur dan yakin Dia sentiasa ada dan perancanganNya adalah yang paling baik.


No comments:

Post a Comment